Tergila-gilakan produk

Tergila-gilakan produk oleh rumbia.my
---




Perlu ke saya bangunkan produk sendiri?


Ramai peniaga gilakan produk. Bila kita gilakan produk, fokus kita akan hanya pada mencari produk untuk dijual. Lepas dari satu produk ke produk yang lain. Dari satu niche pelanggan ke niche yang lain. Ini menelan masa. Membazirkan wang. Menghabiskan tenaga.


Tenaga yang digunakan patut disalurkan kepada mencari pelanggan dan membina pengkalan data pelanggan tersebut. Kemudian baru kita cari produk yang sesuai untuk pelanggan-pelanggan tersebut. Jika kita ada pelanggan, berapa banyak produk pun yang ingin kita tolak, tidak menjadi masalah. Ini kerana mereka sudah kenal kita. (Dalam masa yang sama, kita perlu kenal mereka lebih!)


Mitos: Mencari pelanggan perlukan satu produk


Kita tidak perlukan produk untuk mencari pelanggan. Kita hanya perlu mencari apa nilai yang kita boleh beri pada pelanggan kita. Kita beri nilai kita dahulu. Tunjukkan pada pelanggan kita yang kita arif mengenai sesuatu perkara.


Contoh:


Jika kita inginkan pelanggan dalam bidang kesihatan, kita boleh beri tips-tips kecantikan kepada mereka secara percuma.


Jika kita inginkan pelanggan dalam bidang makanan, kita boleh beri tips-tips resipi, idea-idea makanan.


Selesaikan masalah mereka, beri ilmu, beri nilai pada pelanggan dahulu. Kumpul mereka.


Jangan hanya terus menjual.




Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri perniagaan online? Jika anda mahu strategi, teknik dan taktik perniagaan online dan berjaya dengan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA!


Nama Anda

Alamat Email





No comments: