Bisnes & Telur Columbus



Alkisah dizaman pertengahan, dalam satu pertemuan Christoper Columbus mengajukan sebuah cabaran kepada semua hadirin yang hadir di pertemuan tersebut.

"Saya ada 2 biji telur. Siapa yang berupaya mendirikan telur ini dilantai yang mendatar tanpa bantuan alat apa-apa pun, saya akan bawa keliling dunia mencari pulau-pulau terbaru"

Cabaran ini telah menarik minat banyak orang kerana hadiahnya sangat menarik, 'pakej keliling dunia bersama Columbos'

Ringkasnya, satu orang mencuba dan gagal, orang kedua mencuba dan gagal, dan seterusnya sampai orang ke-1000 pun tetap tidak ada yang berhasil mendirikan telur-telur tersebut.

Akhirnya cabaran ini ditutup kerana tidak ada yang mahu mencuba disebabkan cabaran ini kelihatan 'mustahil'.

Maka, Columbos pun berkata "Baiklah tidak ada lagi yang mahu mencuba? Apakah tidak ada lagi yang sanggup mendirikan 2 biji telur ini diatas lantai?

Ruang pertemuan jadi hening.

Tak diduga, tiba-tiba seorang pemuda datang dan bertanya, "Apakah mungkin aku boleh mencuba?"

"Silakan" ujar Christoper Columbus.

Kemudian pemuda itu medekati telur tersebut, dipecahkan hujung telur itu dan walla! berdirilah telur tersebut dilantai dengan tegapnya tanpa bantuan apa-apa alat pun!

Semua yang hadir terdiam sehingga seorang mulai berkata "Ah kalau begitu aku pun boleh"

Nah, saya jamin dalam anda berbisnes sehari-hari anda pasti bertemu satu situasi dan anda akan berkata "Ah, kalau begitu aku pun boleh". Anda mengaku tak?

Jadi kalau anda 'boleh' lakukannya, mengapa anda tidak melakukannya? Soal 'boleh' memang setiap orang boleh. Tetapi adakah anda TERFIKIR untuk melakukannya?

Memang mudah sekali untuk melakukan apa yang pemuda tadi buat dengan kedua telur dalam cabaran Columbus, tetapi masalahnya tidak ada yang terfikir untuk melakukannya sampailah pemuda itu melakukannya.

Inchek Zarep
Illuminati
Sindiket Senawang

Subscribe :
First name

E-mail address






No comments: